DEAN LIST VS DEEN LIST
Bismillahirohmanirohhim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah , saya baru mendapat keberanian untuk menulis
dalam blog sendiri , di sebabkan sekarang musim study week, saya terfikir untuk
menulis mengenai “Dean List vs Deen list” yang mana patut di kejar??
Menjadi dean list menjadi idaman setiap pelajar universiti
termasuklah saya, siapa yang tidak mahu mendapat dean list? Menjadi dean list
sudah pasti menjadi kebanggan buat diri kita, malah dapat mengembirakan hati
mak abah,dihormati dan di sayangi oleh semua orang. Tidak dinafikan , dalam
dunia bergelar mahasiswa dan mahasiswi, PNGK 4.0 / Dean list menjadi kayu ukur
manusia yang paling berjaya. Persoalannya , adakah menjadi dean list mampu
memenangi hati Allah s.w.t? Mari kita berfikir sejenak.
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami
menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan
dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115
Tiada manusia lahir sia-sia.
Setiap manusia yang di lahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.
Semuanya punya cara tersendiri untuk mencapai matlamat masing-masing.
Kita perlulah seimbangkan kejayaan di dunia dan juga di
akhirat kerana apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah , In Shaa Allah,
Allah akan menjaga kita sebaiknya sebagai hambanya di muka bumi ini. Jangan
jauh dari Allah kerana Allah sangat suka apabila hambanya sentiasa
mengingatinya.Apabila kita letakkan satu amal perbuatan kita sentiasa dalam
pemeliharaan Allah , In Shaa Allah kita
akan sentiasa terjaga dan doa kita pasti akan dimakbulkan. Tahap
kebergantungan kita kepada Allah perlulah melebihi segalanya.
Secara logiknya , apabila kita menjadi salah seorang yang
tersenarai dalam Deen list , tidak mustahil untuk kita berjaya mendapat Dean
list. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak Berjaya mendapat dean list , janganlah
bersusah hati kerana Pasti ada terselit hikmah yang sangat besar yang mana
hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.
Firman Allah S.W.T
Surah Al-Baqarah ayat 216
“Boleh jadi kamu
membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai
sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak
mengetahui”
Akhir kata, berusahalah
bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan dalam masa yang sama jangan lupe
tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment