Friday, 5 September 2014

Dean List VS Deen List

DEAN LIST VS DEEN LIST

Bismillahirohmanirohhim
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah , saya baru mendapat keberanian untuk menulis dalam blog sendiri , di sebabkan sekarang musim study week, saya terfikir untuk menulis mengenai “Dean List vs Deen list” yang mana patut di kejar??
Menjadi dean list menjadi idaman setiap pelajar universiti termasuklah saya, siapa yang tidak mahu mendapat dean list? Menjadi dean list sudah pasti menjadi kebanggan buat diri kita, malah dapat mengembirakan hati mak abah,dihormati dan di sayangi oleh semua orang. Tidak dinafikan , dalam dunia bergelar mahasiswa dan mahasiswi, PNGK 4.0 / Dean list menjadi kayu ukur manusia yang paling berjaya. Persoalannya , adakah menjadi dean list mampu memenangi hati Allah s.w.t? Mari kita berfikir sejenak.
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
(Surah al-Mukminun: Ayat 115
 Tiada manusia lahir sia-sia. Setiap manusia yang di lahirkan di dunia ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Semuanya punya cara tersendiri untuk mencapai matlamat masing-masing.
Kita perlulah seimbangkan kejayaan di dunia dan juga di akhirat kerana apabila kita menjaga hubungan kita dengan Allah , In Shaa Allah, Allah akan menjaga kita sebaiknya sebagai hambanya di muka bumi ini. Jangan jauh dari Allah kerana Allah sangat suka apabila hambanya sentiasa mengingatinya.Apabila kita letakkan satu amal perbuatan kita sentiasa dalam pemeliharaan Allah , In Shaa Allah kita  akan sentiasa terjaga dan doa kita pasti akan dimakbulkan. Tahap kebergantungan kita kepada Allah perlulah melebihi segalanya.
Secara logiknya , apabila kita menjadi salah seorang yang tersenarai dalam Deen list , tidak mustahil untuk kita berjaya mendapat Dean list. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak Berjaya mendapat dean list , janganlah bersusah hati kerana Pasti ada terselit hikmah yang sangat besar yang mana hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya.
Firman Allah S.W.T
Surah Al-Baqarah ayat 216
   “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu , Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

   Akhir kata, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan dalam masa yang sama jangan lupe tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T.